Thursday, May 31, 2012

Sudirman Hj Arshad


Nama: Sudirman Hj Arshad
Tarikh Lahir: 25 Mei 1954
Asal: Temerloh, Pahang
Meninggal Dunia: 22 Februari 1992 (37 tahun)
Pekerjaan: Penyanyi, Peguam, Pelakon, Penulis, Ahli perniagaan
Pasangan: Kamariah 'Kay' Jamaluddin (1981-1984)
Anugerah: Anugerah Penyanyi Asia (1989) di London
Gelaran: Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat, Elvis Malaysia, Penghibur No 1 Asia
Ketinggian: 1.47 meter
Saiz Kasut: 7


"31 Ogos"
• "8 Ke 4¼ (Punch Card)"
• "Abang Jangan Cuba"
• "Abadi Di Hati"
• "Adat Berkasih"
• “Ai No Corida”
• "Air Mata Kasih"
• "Aku Budak Kampung"
• "Aku dan Duniaku"
• "Aku dan Perasaanku"
• "Aku Penganggur" (1980)
• "Aku Penghiburmu"
• "Aku Temanmu"
• "Ana (Tidak Dapat Dilupakan)"
• "Anak Dagang"
• "Anak Dunia"
• "Anak Gembala" (1980)
• "Antara Hujan dan Airmata" (1989)
• "Apa Khabar Orang Kampung"
• "Ayah dan Ibu"

• "Balik Kampung"
• "Banana Boat Song"
• "Bapak"
• "Baru Dapat Kerja"
• "Bercanda Di Pasiran Pantai" (Berduet bersama Anita Sarawak)
• "Berdendang Anak Dara"
• "Berpisah Akhirnya"
• "Biarku Sengsara Sendiri"
• "Bila Hati Terpikat"
• "Bila Sendirian"
• "Bila Wajahmu Kubayangkan"
• "Bimbang Terluka Lagi" (Berduet bersama Noorkumalasari)
• "Bintang Kejora"
• "Budak Baru"

• "Cahaya Hidupku"
• "Chow Kit Road"
• "Cinta"
• "Cinta dan Cita"
• "Cinta Di Sisimu"

• "Damak Sayang"
• "Dari Jauh Ku Pohon Maaf"
• "Di Bumi Bertuah"
• "Di Dalam Sepi Itu"
• "Di Hari Persandingan Itu"
• "Di Suatu Pagi"
• "Dia Tiada Lagi"
• "Dikau Kekasih"
• "Dilema Dunia Cinta"
• "Dimanakah Nilai Cinta Mu"
• "Ding A Ding Gale (Kawin Lari)"
• "Do You Really Want To Hurt Me"

• "Eat It" (Berduet bersama Noorkumalasari)
• "Engkau Segalanya"

• "Foxy Girl"

• "Gadis Impian"
• "Gadisku"
• "Gadis Semalam"
• "Gerhana Di Hatiku"
• "Gerimis"
• "Gerimis Di Lautan"
• "Gugur Di Tangkai Madu"

• "Hanya Bagai Mimpi"
• "Hanya Lagu"
• "Hanya Nyanyian"
• "Hari Itu Dalam Kenangan"
• "Hati Rindu"
• "Here I Am"
• "He Ain't Heavy He's My Brother"
• "Hidup Sederhana (Basikal Tua)"
• "Hidup Di Kota"
• "Hilang Berganti"
• "Hoore Hoore"
• "Hujan"
• "Hujan Semalam"

• "I Don't Like It"
• "I Never Knew"
• "If You Walk Out That Door"
• "Inang Di Aidilfitri"
• "Indahnya Alam"

• "Jali Jali dari Betawi (Indonesian Song - Betawi)"
• "Jamilah (Untuk Jururawat)"
• "Jangan Kau Curiga"
• "Jangan Kau Tanya"
• "Janjimu Ku Kenang"
• "Jauh Di Sudut Hati"
• "Jika Kau Pergi"
• "Joget Kenangan Manis"

• "Kasih"
• "Kau Akan Kembali"
• "Ke Dunia Baru"
• "Kehadiranku"
• "Kelana"
• "Kepulanganku"
• "Kerana Kau (Ku Kemari)"
• "Kerana Mata"
• "Kesepian"
• "Kesian Dia"
• "Ketenangan Jiwa"
• "Ku Bersilat" (1977)
• "Ku Ingin Bersama"
• "Kuala Deli"
• "Kul it !"
• "Kupandu Laju (Bersalah)"

Sudah 20 tahun beliau meninggalkan kami, namun penghargaan beliau di sanjungi di Konsert Kenangan Sudirman pada 3 Jun 2012 #AkuSudirman

Wednesday, May 30, 2012

~Thanks~ =))

Salam
Korang perasan tak dalam seminggu ni blog murni ada masalah sikit.
Bagi yang tak perasan, bila korang buka blog murni, korang akan terus di direct kepada satu page.
Masa murni buka hari tu, memang terkejut + cemas.
Mana tidaknya, blog ini ditubuhkan untuk melengkapkan assignment.
Kalau la Lecturer murni buka tapi tak boleh nak baca post-post yang murni buat, kang naya namanya tu.
Seram-seram. Pening jugak nak selesaikan masalah ni.
Guna En.Google pun tak berjaya. Dekat dua hari jugak.

Then, Murni pergilah jalan-jalan. Murni terjumpa satu blogger yang hebat ni.
Beliau merupakan founder Oh!Media. Khai Hassan namanya. Murni hantar la email pada beliau dengan harapan beliau boleh membantu menyelesaikan masalah Murni. Ternyata, beliau membalas email Murni walaupun Murni percaya semestinya beliau sibuk. Malah beliau banyak membantu dan memberi banyak cara dalam menyelesaikan masalah murni.


Terima kasih banyak-banyak kepada Khai Hassan yang sudi membantu. =))
Sekarang, blog Murni dah ok balik.
Feel free to jelajah blog saya

Tuesday, May 22, 2012

'Pemerdagangan bayi' - Apa Penyelesaiannya?


KUALA LUMPUR – Seramai 941 individu termasuk 118 kanak-kanak yang menjadi mangsa kes pemerdagangan orang telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.
Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (Mapo) Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui satu kenyataan media memberitahu, kesemua mangsa terbabit kini ditempatkan di rumah perlindungan.
“Seramai 562 daripada mangsa terbabit pula merupakan golongan wanita.
“Kerajaan sentiasa meningkatkan usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran termasuk menambah baik perlindungan kepada mangsa, pendakwaan dan penguatkuasaan,” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, kata kenyataan itu, sebanyak 392 kes pendakwaan dari tahun 2008 sehingga Februari 2012 di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 telah didakwa di mahkamah.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 235 kes sedang dibicara, 66 kes telah berjaya diselesaikan dan 57 lagi dikenakan sabitan kes.
Selain itu, kata kenyataan tersebut, sebanyak 27 kes penyeludupan migran disiasat agensi penguatkuasa dari 15 November 2010 sehingga 31 Januari lalu  melibatkan 43 tangkapan dan 616 migran yang diseludup.
“Ahli MAPO memberi sumbangan dan komitmen aktif dalam membantu melaksanakan program-program berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran,” tambah kenyataan itu.


 KENAPA KANAK-KANAK?

Kanak-kanak didefinasikan oleh undang-undang dunia (International Laws) sebagai mereka yang berumur bawah 18 tahun. Sama ada bayi sehingga yang berumur 18 tahun, kanak-kanak boleh menjadi mangsa aktiviti jenayah pemerdagangan manusia yang bergantung kepada bentuk eksploitasi yang dikehendaki.

Kebiasaannya, kanak-kanak digunakan untuk meminta sedekah, manakala bayi dijual terutama kepada keluarga yang tidak mempunyai anak. Sebanyak 2.7 juta orang, yang mana kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak, terbabit dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia setiap tahun. Keadaan fizikal dan pemikiran yang belum matang menyebabkan kanak-kanak lebih mudah dieksploitasi berbanding lelaki dan wanita dewasa.

KANAK-KANAK DIPERDAGANG UNTUK SEKS

Kanak-kanak mudah menjadi mangsa dalam permerdagangan manusia. Sindiket akan cuba memancing kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai cara. Adalah amat sukar untuk mengenalpasti pergerakan sindiket atau individu yang menjalankan aktiviti pemerdagangan orang. Kebanyakan wanita yang menjadi pelacur adalah mangsa yang diperdagangkan sejak kanak-kanak.

Malah 75 hingga 80 peratus wanita yang menjadi pelacur adalah mangsa penderaan seksual semenjak dari kanak-kanak dan anggaran umur kanak-kanak yang menjejaki dunia pelacuran bermula seawal usia 13 tahun.  Malahan terdapat juga kanak-kanak yang diperdagangkan untuk menjadi pelacur seawal umur 8 tahun.



PENYELESAIAN

Untuk membanteras pemerdagangan kanak-kanak, kerjasama daripada pihak berkuasa adalah yang paling penting. Pendekatan yang lebih tersusun perlu dilakukan kerajaan yang membabitkan semua agensi yang terlibat termasuklah Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam, Marin, dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pihak tersebut haruslah bekerjasama dan mempunyai kemahiran khusus dalam mengendalikan kes yang membabitkan kanak-kanak.

Seterusnya, ibu bapa harus menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak. ibu bapa hendaklah melindungi anak-anak dari segala bentuk ancaman dan bahaya baik ketika di rumah, di luar rumah, di sekolah dan di tempat permainan. Selain itu, ibu bapa harus mewujudkan peraturan-peraturan yang mudah dan jelas untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan dan pastikan bahawa peraturan tersebut diamalkan dan dipatuhi oleh setiap ahli keluarga supaya anak-anak mengikuti setiap peraturan-peraturan tersebut.

Ajar kepada anak-anak mengenai langkah-langkah menghindari kemalangan dan kecelakaan serta cara-cara mengenainya. Lakukan dan lakonkan setiap cara dan gaya bersama-sama anak jika perlu. Galakkan anak-anak untuk sentiasa berwaspada atau berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali atau yang mencurigakan terutamanya ketika tidak bersama-sama ibu bapa atau orang yang lebih dewasa.

Friday, May 18, 2012

SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOWER DIARI FARISHA BULAN JUN


Assalamualaikum
Join untuk tambah follower blog yang semput-semput ni hehe
harap tersenarai dalam bloglist

Thursday, May 17, 2012

1st Giveaway By Iena Eliena


Assalamualaikum
Di malam yang hening ni saje nak join GA

Murni tau GA ni daripada Cik Wanni
Hadiah GA kali ini memang cukup lumayan
Bertuah siapa yang dapat
Kalau rasa nak join, klik banner di atas ye

nak tag

Segmen : Bloglist Gulahatichabi By Dini


Kalau nak join, klik banner di atas

Wednesday, May 16, 2012

Tips Keselamatan di Bilik Bayi



Sebelum memilih taska yang sesuai untuk anak anda, pastikan dahulu keadaan bilik bayi anda. Adakah bilik tersebut selamat? Adakah bilik tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan? Adakah keluasan bilik sesuai dengan jumlah bayi? Apakah jenis perabot yang digunakan di taska tersebut?

Adalah penting  untuk kita memastikan bahawa taska tersebut selamat. Antara tips-tips tersebut ialah


  1. Dapur hendaklah diasingkan terutamanya apabila menggunakan LP Gas.
  2. Terdapat alat pemadam api mengikut syor Jabatan Bomba dan Penyelamat dan juga harus diperiksa secara berkala.
  3. Perabot, alat permainan, dan bahan-bahan lain yang digunakan adalah berasaskan bahan yang tidak merbahaya dan tidak membahayakan.
  4. Hendaklah mempunyai 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
  5. Bangunan taska hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah terbakar.
  6. Jeriji besi yang digunakan ti tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan atau kebakaran dan hendaklah diselenggara selalu. 
  7. Elakkan meletak perabot atau kerusi berhampiran tingkap bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji dan mengelakkan mereka daripada memanjat.
  8. Pastikan langsir yang digunakan tidak labuh mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menarik atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Sebaiknya, labuh langsir hanya mencecah ambang sahaja.
  9. Penyendal pintu automatik boleh dipasang bagi mengelakkan jari kanak-kanak tersepit dan menghalang pintu daripada tertutup secara kuat. 
  10. Barang berbahaya seperti gunting hendaklah diletak di tempat tinggi bagi mengelakkan kecederaan.

Monday, May 14, 2012

'AIR'

Assalamualaikum...

Just wanna share this picture


What do you think?
Gambar yang penuh dengan simbolik.
Ini lah aktiviti aku dalam masa sebulan
Korbankan masa, rasa, sakit
Walaupun tidak seperti yang diharapkan tetapi aku tetap berpuas hati 
kerana akhirnya aku dapat memberanikan diri berada di atas pentas
yang pada aku sebelum ini tidak akan mungkin terjadi..

Aku menjadi seseorang bukan diriku yang sebenarnya
menjadi seseorang yang lain, yang pekak, bisu dan buta..
Apakah perasaan anda jika menjadi seperti itu
Ditambah lagi dengan kebencian seorang ibu kepada anaknya
Diherdik, dihina, dibenci
Tetapi disebalik itu, terdapat seorang bapa yang menjadi pelindung 
Malahan, muncul satu cahaya yang memberi anak tersebut peluang untuk hidup seperti orang lain.

Melalui cahaya tersebut, anak itu bangkit meneruskan hidup.
Menjadi insan yang berguna
Cahaya tersebut juga memberi sinar yang paling terang
Cahaya itu sanggup memberi pancainderanya sebagai pengganti diri 
Setelah ketiadaannya di dunia
Melalui cahaya itu lah anak tersebut mampu melihat keindahan ciptaan tuhan..

#seyes nak berlakon lagi watak ni, tak puas hati 
#sem 8, balas dendam..
#ditujukan kepada setiap GURU..Pengorbanan GURU paling berharga

#terima kasih kerana memilih saya menjadi MURNI..Murni adalah insan yang paling bertuah

TO: 
iman & k.nilam (director & manager)
zaiyah (stage manager)
chris (papa)
ziqa (mama)
fready (cikgu adam)
k.tini ( debby)
erza (maya)
dila (cikgu maria)
linda (mak jah)
k.nana (runner & autism)
rubi (runner & budak cacat)
biha & killa (runner)
ain (runner & asst mama)
juan (lingting & photographer)
hisham & membe (audio)
alex (runner)

#sayang korang ketat-ketat..pengalaman paling berharga yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila
terima kasih atas segala tunjuk ajar, segala kerjasama yang diberikan
#lebam dah badan ni hasil deraan si DEBBY
#hati masih lagi penuh dengan semangat!

Sunday, May 13, 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan





Mentari hati berasal dari negeri yang paling saya cintai iaitu Johor.

Setakat ini follower saya hanya berjumlah 34 blogger yang baik hati. 

Siapa-siapa yang sudi join la segmen ni dan follow saya balik

Mudah sahaja klik sahaja banner di atas

Saturday, May 12, 2012

Tingkahlaku kanak-kanak

        
         Setiap ibubapa mahukan anak yang baik tingkahlakunya. Di peringkat awal kanak-kanak, ketidaksempurnaan tingkahlaku itu adalah normal dan merupakan sebahagian daripada proses perkembanganNamun, tingkahlaku yang merbahaya dan merosakkan perlu disekatMasalah tingkahlaku dikalangan kanak-kanak ini disebabkan oleh pelbagai faktor dan peranan ibubapa dan guru adalah membimbing dan menguruskan tingkahlaku mereka



Definisi Tingkahlaku
         Diucapkan oleh seseorangIa merupakan tindakbalas seseorang terhadap apa yang berlaku di dalam diri sendiri atau dari persekitaran merekaTerdapat dua jenis tingkah laku iaitu tingkahlaku yang boleh dilihat dan tingkahlaku yang tidak boleh dilihat

Tingkahlaku nyata / boleh dilihat (overt behavior) 
 a. tingkahlaku verbal (penggunaan bahasa) cth; bercakap
 b. tingkahlaku motor (pergerakan badan) cth: berlari

Tingkahlaku tersembunyi / tidak boleh dilihat (covert behavior)
 a. proses mental (pemikiran) cth: memori, kenangan, ingatan

Ciri-ciri semulajadi tingkahlaku kanak-kanak (bawah 7 tahun)
 a. Sangat aktif
 b. Meniru perbuatan orang lain
 c. Degil
 d. Belum mampu membezakan antara yang betul dan yang salah
 e.Suka bertanya soalan
 f. Ingatan yang tajam
 g. Sukakan ganjaran dan sokongan 
 h. Suka bermain
 i. Suka bersaing
 j. Daya sensiviti yang tinggi 
 k. Daya imaginasi yang kreativiti yang tinggi



Tingkahlaku kanak-kanak yang bermasalah
 Sesuatu tingkahlaku yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain termasuk persekitaran

Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak yang bermasalah
 a. Tantrum
 b. Bimbang ditinggalkan
 c. Menjerit
 d. Menggigit
 e. Memukul
 f. Penting diri
 h. Pemalu
 i. Takut
 j. Membuli

Thursday, May 10, 2012

Exclusive Giveaway By Cik Bunny




Thanks to Cik Bunny sebab invite sy ke GA beliau..

Saya rasa nak tag beliau ni lah


Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA ShopButikpinkkuBunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)


Friday, May 4, 2012

Bahasa Isyarat Malaysia

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

Bahasa isyarat yang digunakan harian di kebanyakan tempat di Malaysia. 

Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM)

Satu-satunya bentuk isyarat tangan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai komunikasi bagi orang pekak dan bisu. 

Ejaan Jari (Fingerspelling)

Bahagian mustahak dalam komunikasi orang-orang kurang upaya pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan. 

Sebenarnya, sebagai seorang guru adalah digalakkan jika kita pandai menggunakan isyarat tangan. Ia merupakan satu kebolehan atau nilai tambah dalam diri masing-masing. Keinginan saya timbul  setelah saya menyertai sebuah teater di mana memerlukan saya untuk berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Walaupun nampak mudah tapi sukar mempelajarinya. Saya hanya belajar sendiri menggunakan internet dan kemudahan-kemudahan sedia ada. Sebagai permulaan, belajar dahulu ataupun kuasai dahulu huruf-huruf (A,B,C). Setelah itu, belajar kod-kod tangan yang mudah. 












p/s: saya yang masih lagi mempelajari ^_^

Every Child Is Special

Apa itu kanak-kanak istimewa?

Menurut Wikipedia, kanak-kanak istimewa ialah kanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan Orang Kehilangan Upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah itu.

simbol antarabangsa

Apakah kategori OKU?

  1. Kurang Upaya Pendengaran
  2. Kurang Upaya Penglihatan
  3. Kurang Upaya Fizikal
  4. Ceberal Palsy
  5. Masalah Pembelajaran
    • Disleksia
    • ADHD (Attention Defisit and Hyperactivity Disorder)
    • Dispraksia (gerakan anggota tubuh)
    • Diskalkulia (matematik)
    • Autisme
    • Sindrome Down
Adakah kanak-kanak istimewa ini tidak akan berjaya apabila ia dewasa?

Tidak. Tidak semua kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran tidak berjaya dalam hidup. Terdapat beberapa tokoh yang mengalami masalah pembelajaran tetapi mampu berjaya. Antaranya ialah Albert Einstein (masalah pertuturan dan pelajar yang lembab dan lambat memahami bahasa), Thomas Alva Edison (cacat pendengaran apabila mengalami demam cacar ketika kecil), dan Stephen Hawking (lumpuh hampir seluruh badan akibat penyakit sejenis neuron motor).

Merupakan sebuah movie yang diarahkan oleh Aamir Khan dan mula ditayangkan pada tahun 2007. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah dyslexia; sejenis gangguan dalam pembelajaran yang biasanya di alami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Menariknya ialah setiap orang dengan dyslexia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan dyslexia 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...