Monday, June 11, 2012

Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara


Jika nak join sila klik sini 

Simple je nak join Gieaway ni tetapi yang penting hadiah yang ditawarkan cukup menarik
Jadi tak rugi kalau kita semua join.

Nak tau hadiah apa?
Ini dia 

Hadiah :
* Sebuah MP3 Player
* Sebuah Phone Samsung
* Sebuah Kamera Lomo
* Kpop Merchandise
* Inner Neck
* 30 Bloglist Selama Sebulan
* 10 Banner

Giveaway ni tamat pada 31 Julai 2012 tetapi kene rajin update entry tersebut sebab takut tarikh akhir berubah 

Ok murni nak tag


Sunday, June 10, 2012

Anjing pun sayang

Murni ada terbaca dalam satu akhbar online ni. Memang murni terkejut. Tak sangka anjing pun sayang.
Baca seterusnya..



BOLGATANGA – Pihak berkuasa baru-baru ini melaporkan seekor anjing di Ghana digelar sebagai wira kerana melindungi bayi baru dilahirkan yang dibuang di bawah jambatan di Winkongo berhampiran ladang tuannya untuk sepanjang malam.
Tujuan asal pemilik anjing itu untuk mencari haiwan peliharaannya membawa kepada penemuan bayi tersebut.
Penduduk kampung terkejut melihat anjing itu memeluk bayi yang masih bertali pusat tersebut seperti anaknya sendiri.
Pengarah Kesihatan Daerah Talensi- Nabdam, Rosemary Azure berkata, bayi malang itu semakin pulih daripada jangkitan dan dia kini ditempatkan di pusat jagaan kesihatan.
Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengesan identiti ibu bapa bayi tersebut yang dipercayai adalah pasangan remaja di kawasan itu.
Kalau di Malaysia banyak kita dengar berita tentang bayi di buang. Sangat kesian. Bayi tersebut tidak bersalah. Pepatah bukan salah ibu mengandung mungkin tidak sesuai digunakan lagi. Ini hanya pandangan murni. Cerita di atas berlaku di Ghana. Anjing pun sayang bayi tersebut. Adakah manusia yang diberi hati dan perasaan tidak mempunyai belas ihsan terhadap anak yang mereka buang? 
#Pikir-pikirkan lah 

penangan exam



Assalamualaikum
Selamat pagi. Eh, pagi lagi ke? Dah dekat tengahahri dah pun, lagi 10 minit.
Tak apa lah, masih boleh dikatakan pagi lagi

Huh, penangan exam memang terbaik lah. Semalam jawab dua paper, pagi dan petang.
Akibatnya, blog murni tak berapa nak terurus. Murni tak dapat nak follow balik blogger-blogger yang follow murni. Tapi tak apa, hari ini murni sedaya upaya follow semua blog yang dah follow murni. Xi Xie buat blogger-blogger yang sweet =)

Satu lagi, jawab exam semalam memang senang sebab guna senjata. Murni guna M 16 tapi tak lepas. Jadi Murni guna mesinggan. Haa, sejata tu memang terbaik la. Murni dapat tembak dengan bergayanya tapi tak tau la tembakan murni tersasar ke tepat hehe



Malam tu lepas solat maghrib murni terus masuk ke dunia mimpi. Memang sangat penat jawab paper semalam. Murni ada dua paper lagi sebenarnya. Satu pada hari selasa dan last paper (cakap ikut gaya johan dalam lawak ke der ok) pada hari khamis.

Dan setelah tamat semester kali ini, murni akan mula berpraktikal. Kemungkinan murni lagi sibuk. Rasa sangat berdebar nak  menunggu hari itu. Perasaan takot jangan cakap la. Debor beb huhu

#doakan murni dapat jawab exam dengan baik ye
#doakan murni lulus dengan cemerlang
#pada yang tengah musim exam macam murni good luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...