Siapa yang kenal dengan Teletubbies. Sila angkat jari-jari comel anda.
Haa, Murni rasa siapa yang sezaman dengan murni mesti tahu tentang siri televisyen ni.
Budak-budak sekarang mana tahu cerita ni.
Fakta tentang Teletubbies:
1. Disiarkan pada 31 Mac 1997 - 5 Januari 2002
2. Jumlah episod adalah sebanyak 365 (senarai episod)
3. Siri Teletubbies Everywhere memenangi anugerah "Best Pre-School Live Action Series" di 2002 Children's BAFTA Awards
4. Single berjudul Teletubbies say "Eh-Oh" mendapat no 1 dalam UK Singles Chart pada Disember 1997 dan kekal dalam Top 75 selama 32 minggu malah terjual lebih dari 1juta salinan.
5. 4 karakter: Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa, dan Po
6. Lokasi siri ini sebenarnya adalah di tengah-tengah sebuah kawasan ladang yang dinamakan Sweet Knowle, di luar bandar Warwickshire, England
7. Nama tempat dalam siri tersebut dikenali sebagai Teletubyland
Nilai Pendidikan:
1. Membina koordinasi kanak-kanak, kreatif dan kemahiran mengira
2. Memberi peluang kepada kanak-kanak menanyi bersama-sama puisi kanak-kanak kegemaran mereka
3. Menggalakkan imaginasi, menikmati cerita dan bermain permainan
4. Berasa gembira dan selamat
Terdapat juga website yang dibangunkan yang mana mempunyai aktiviti-aktiviti interaktif sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.
klik sini |
Noo-Noo |
Teletubbyland |
Dari kiri: Laa-Laa, Tinky Winky, Po, Dipsy |
2 comments:
heyy, cite ni . best. lame ta tengok.. kite suke kaler merah tu. comel. :p
sume murni suka...empat2 comel hehe
Post a Comment