Tuesday, April 24, 2012

Pentingnya berkomunikasi dengan anak-anak seawal bayi



HERTFORSHIRE – Seperti ibu bapa lain, melatih anak kecil menggunakan bekas najis memerlukan kesabaran yang tinggi. 
Tetapi, ia tidak menjadi masalah besar kepada pasangan dari Cheshunt, Finn dan Raluca Oniciuic kerana bayi perempuan mereka telah pandai berkomunikasi untuk memberitahu jika mahu membuang air seawal umur enam bulan. 
Menurut ibunya yang berumur 26 tahun, si cerdik, Izabella menggunakan pelbagai bunyi isyarat untuk menyatakan apa yang dia perlukan pada masa itu. 
“Sebagai contoh, Izabella akan berkata ‘eh eh’ apabila dia lapar dan ‘boo boo’ jika mahu membuang air. Dia juga tidak suka memakai lampin pakai buang dan jarang menangis seperti bayi lain serta tidur lena sepanjang malam,” menurutnya. 
Raluca mendedahkan dia berkomunikasi dengan anaknya sama seperti bercakap dengan orang dewasa kerana bayi istimewa tersebut turut memberikan tindak balas seakan memahami apa yang dituturkan ibunya. 
Pakar menyatakan ia adalah sangat luar biasa bagi bayi sebaya Izabella untuk berkelakuan sepertinya kerana kebanyakan budak normal hanya akan mula belajar menggunakan tandas apabila mereka berumur sekurang-kurangnya 18 bulan dan ke atas.

Berdasarkan artikel di atas, dapat disimpulkan bahawa betapa pentingnya komunikasi dengan anak-anak kita seawal bayi. Semasa kita bercakap, digalakkan menggunakan bahasa yang betul bukan menggunakan bahasa bayi.

Bila anak merengek, kebanyakan ibu akan bercakap "nak cucu ye syg". Sepatutnya, ibu menggunakan bahasa standard iaitu " Nak susu ke syg". "cucu" - "susu"

Walaupun kita rasa bahasa yang kita gunakan agak comel, cute, adorable tetapi ia akan memberi mesej yang salah kepada bayi.

Ini kerana bayi sangat bijak sehingga mereka boleh menyerap apa saja yang deria mereka terimadengan menggunakan deria pendengaran dan menyimpan maklumat tersebut di dalam otak sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengucapkannya.

Begitu juga bila bayi menyebut "bah, bah". Mungkin apa yang cuba disampaikan oleh bayi tersebut adalah 'abah'. Jadi, beritahu mereka perkataan yang betul. "Abah ye syg. Abah pergi kerja"

Banyakkan berbual dengan bayi, tidak kira tentang apa sahaja. Berbual seperti biasa kerana ia akan memberi pengalaman dan peluang kepada bayi untuk mengenal lebih banyak perkataan.

Bayi mudah belajar sesuatu. Jadi setiap apa yang kita lakukan mereka akan mudah tangkap. Oleh itu, setiap apa yang kita ucapkan dan lakukan, kita perlu gunakan perkataan yang betul serta sebutan yang jelas.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...