Showing posts with label KAA 3043. Show all posts
Showing posts with label KAA 3043. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

'Pemerdagangan bayi' - Apa Penyelesaiannya?


KUALA LUMPUR – Seramai 941 individu termasuk 118 kanak-kanak yang menjadi mangsa kes pemerdagangan orang telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini.
Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (Mapo) Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui satu kenyataan media memberitahu, kesemua mangsa terbabit kini ditempatkan di rumah perlindungan.
“Seramai 562 daripada mangsa terbabit pula merupakan golongan wanita.
“Kerajaan sentiasa meningkatkan usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran termasuk menambah baik perlindungan kepada mangsa, pendakwaan dan penguatkuasaan,” kata kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, kata kenyataan itu, sebanyak 392 kes pendakwaan dari tahun 2008 sehingga Februari 2012 di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 telah didakwa di mahkamah.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 235 kes sedang dibicara, 66 kes telah berjaya diselesaikan dan 57 lagi dikenakan sabitan kes.
Selain itu, kata kenyataan tersebut, sebanyak 27 kes penyeludupan migran disiasat agensi penguatkuasa dari 15 November 2010 sehingga 31 Januari lalu  melibatkan 43 tangkapan dan 616 migran yang diseludup.
“Ahli MAPO memberi sumbangan dan komitmen aktif dalam membantu melaksanakan program-program berkaitan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran,” tambah kenyataan itu.


 KENAPA KANAK-KANAK?

Kanak-kanak didefinasikan oleh undang-undang dunia (International Laws) sebagai mereka yang berumur bawah 18 tahun. Sama ada bayi sehingga yang berumur 18 tahun, kanak-kanak boleh menjadi mangsa aktiviti jenayah pemerdagangan manusia yang bergantung kepada bentuk eksploitasi yang dikehendaki.

Kebiasaannya, kanak-kanak digunakan untuk meminta sedekah, manakala bayi dijual terutama kepada keluarga yang tidak mempunyai anak. Sebanyak 2.7 juta orang, yang mana kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak, terbabit dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia setiap tahun. Keadaan fizikal dan pemikiran yang belum matang menyebabkan kanak-kanak lebih mudah dieksploitasi berbanding lelaki dan wanita dewasa.

KANAK-KANAK DIPERDAGANG UNTUK SEKS

Kanak-kanak mudah menjadi mangsa dalam permerdagangan manusia. Sindiket akan cuba memancing kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai cara. Adalah amat sukar untuk mengenalpasti pergerakan sindiket atau individu yang menjalankan aktiviti pemerdagangan orang. Kebanyakan wanita yang menjadi pelacur adalah mangsa yang diperdagangkan sejak kanak-kanak.

Malah 75 hingga 80 peratus wanita yang menjadi pelacur adalah mangsa penderaan seksual semenjak dari kanak-kanak dan anggaran umur kanak-kanak yang menjejaki dunia pelacuran bermula seawal usia 13 tahun.  Malahan terdapat juga kanak-kanak yang diperdagangkan untuk menjadi pelacur seawal umur 8 tahun.



PENYELESAIAN

Untuk membanteras pemerdagangan kanak-kanak, kerjasama daripada pihak berkuasa adalah yang paling penting. Pendekatan yang lebih tersusun perlu dilakukan kerajaan yang membabitkan semua agensi yang terlibat termasuklah Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam, Marin, dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pihak tersebut haruslah bekerjasama dan mempunyai kemahiran khusus dalam mengendalikan kes yang membabitkan kanak-kanak.

Seterusnya, ibu bapa harus menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak. ibu bapa hendaklah melindungi anak-anak dari segala bentuk ancaman dan bahaya baik ketika di rumah, di luar rumah, di sekolah dan di tempat permainan. Selain itu, ibu bapa harus mewujudkan peraturan-peraturan yang mudah dan jelas untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan dan pastikan bahawa peraturan tersebut diamalkan dan dipatuhi oleh setiap ahli keluarga supaya anak-anak mengikuti setiap peraturan-peraturan tersebut.

Ajar kepada anak-anak mengenai langkah-langkah menghindari kemalangan dan kecelakaan serta cara-cara mengenainya. Lakukan dan lakonkan setiap cara dan gaya bersama-sama anak jika perlu. Galakkan anak-anak untuk sentiasa berwaspada atau berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali atau yang mencurigakan terutamanya ketika tidak bersama-sama ibu bapa atau orang yang lebih dewasa.

Wednesday, May 16, 2012

Tips Keselamatan di Bilik Bayi



Sebelum memilih taska yang sesuai untuk anak anda, pastikan dahulu keadaan bilik bayi anda. Adakah bilik tersebut selamat? Adakah bilik tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan? Adakah keluasan bilik sesuai dengan jumlah bayi? Apakah jenis perabot yang digunakan di taska tersebut?

Adalah penting  untuk kita memastikan bahawa taska tersebut selamat. Antara tips-tips tersebut ialah


  1. Dapur hendaklah diasingkan terutamanya apabila menggunakan LP Gas.
  2. Terdapat alat pemadam api mengikut syor Jabatan Bomba dan Penyelamat dan juga harus diperiksa secara berkala.
  3. Perabot, alat permainan, dan bahan-bahan lain yang digunakan adalah berasaskan bahan yang tidak merbahaya dan tidak membahayakan.
  4. Hendaklah mempunyai 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
  5. Bangunan taska hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah terbakar.
  6. Jeriji besi yang digunakan ti tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan atau kebakaran dan hendaklah diselenggara selalu. 
  7. Elakkan meletak perabot atau kerusi berhampiran tingkap bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji dan mengelakkan mereka daripada memanjat.
  8. Pastikan langsir yang digunakan tidak labuh mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menarik atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Sebaiknya, labuh langsir hanya mencecah ambang sahaja.
  9. Penyendal pintu automatik boleh dipasang bagi mengelakkan jari kanak-kanak tersepit dan menghalang pintu daripada tertutup secara kuat. 
  10. Barang berbahaya seperti gunting hendaklah diletak di tempat tinggi bagi mengelakkan kecederaan.

Saturday, May 12, 2012

Tingkahlaku kanak-kanak

        
         Setiap ibubapa mahukan anak yang baik tingkahlakunya. Di peringkat awal kanak-kanak, ketidaksempurnaan tingkahlaku itu adalah normal dan merupakan sebahagian daripada proses perkembanganNamun, tingkahlaku yang merbahaya dan merosakkan perlu disekatMasalah tingkahlaku dikalangan kanak-kanak ini disebabkan oleh pelbagai faktor dan peranan ibubapa dan guru adalah membimbing dan menguruskan tingkahlaku mereka



Definisi Tingkahlaku
         Diucapkan oleh seseorangIa merupakan tindakbalas seseorang terhadap apa yang berlaku di dalam diri sendiri atau dari persekitaran merekaTerdapat dua jenis tingkah laku iaitu tingkahlaku yang boleh dilihat dan tingkahlaku yang tidak boleh dilihat

Tingkahlaku nyata / boleh dilihat (overt behavior) 
 a. tingkahlaku verbal (penggunaan bahasa) cth; bercakap
 b. tingkahlaku motor (pergerakan badan) cth: berlari

Tingkahlaku tersembunyi / tidak boleh dilihat (covert behavior)
 a. proses mental (pemikiran) cth: memori, kenangan, ingatan

Ciri-ciri semulajadi tingkahlaku kanak-kanak (bawah 7 tahun)
 a. Sangat aktif
 b. Meniru perbuatan orang lain
 c. Degil
 d. Belum mampu membezakan antara yang betul dan yang salah
 e.Suka bertanya soalan
 f. Ingatan yang tajam
 g. Sukakan ganjaran dan sokongan 
 h. Suka bermain
 i. Suka bersaing
 j. Daya sensiviti yang tinggi 
 k. Daya imaginasi yang kreativiti yang tinggi



Tingkahlaku kanak-kanak yang bermasalah
 Sesuatu tingkahlaku yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain termasuk persekitaran

Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak yang bermasalah
 a. Tantrum
 b. Bimbang ditinggalkan
 c. Menjerit
 d. Menggigit
 e. Memukul
 f. Penting diri
 h. Pemalu
 i. Takut
 j. Membuli

Friday, May 4, 2012

Bahasa Isyarat Malaysia

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

Bahasa isyarat yang digunakan harian di kebanyakan tempat di Malaysia. 

Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM)

Satu-satunya bentuk isyarat tangan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai komunikasi bagi orang pekak dan bisu. 

Ejaan Jari (Fingerspelling)

Bahagian mustahak dalam komunikasi orang-orang kurang upaya pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan. 

Sebenarnya, sebagai seorang guru adalah digalakkan jika kita pandai menggunakan isyarat tangan. Ia merupakan satu kebolehan atau nilai tambah dalam diri masing-masing. Keinginan saya timbul  setelah saya menyertai sebuah teater di mana memerlukan saya untuk berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Walaupun nampak mudah tapi sukar mempelajarinya. Saya hanya belajar sendiri menggunakan internet dan kemudahan-kemudahan sedia ada. Sebagai permulaan, belajar dahulu ataupun kuasai dahulu huruf-huruf (A,B,C). Setelah itu, belajar kod-kod tangan yang mudah. 












p/s: saya yang masih lagi mempelajari ^_^

Every Child Is Special

Apa itu kanak-kanak istimewa?

Menurut Wikipedia, kanak-kanak istimewa ialah kanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan Orang Kehilangan Upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah itu.

simbol antarabangsa

Apakah kategori OKU?

  1. Kurang Upaya Pendengaran
  2. Kurang Upaya Penglihatan
  3. Kurang Upaya Fizikal
  4. Ceberal Palsy
  5. Masalah Pembelajaran
    • Disleksia
    • ADHD (Attention Defisit and Hyperactivity Disorder)
    • Dispraksia (gerakan anggota tubuh)
    • Diskalkulia (matematik)
    • Autisme
    • Sindrome Down
Adakah kanak-kanak istimewa ini tidak akan berjaya apabila ia dewasa?

Tidak. Tidak semua kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran tidak berjaya dalam hidup. Terdapat beberapa tokoh yang mengalami masalah pembelajaran tetapi mampu berjaya. Antaranya ialah Albert Einstein (masalah pertuturan dan pelajar yang lembab dan lambat memahami bahasa), Thomas Alva Edison (cacat pendengaran apabila mengalami demam cacar ketika kecil), dan Stephen Hawking (lumpuh hampir seluruh badan akibat penyakit sejenis neuron motor).

Merupakan sebuah movie yang diarahkan oleh Aamir Khan dan mula ditayangkan pada tahun 2007. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah dyslexia; sejenis gangguan dalam pembelajaran yang biasanya di alami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Menariknya ialah setiap orang dengan dyslexia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan dyslexia 






Tuesday, April 24, 2012

Pentingnya berkomunikasi dengan anak-anak seawal bayi



HERTFORSHIRE – Seperti ibu bapa lain, melatih anak kecil menggunakan bekas najis memerlukan kesabaran yang tinggi. 
Tetapi, ia tidak menjadi masalah besar kepada pasangan dari Cheshunt, Finn dan Raluca Oniciuic kerana bayi perempuan mereka telah pandai berkomunikasi untuk memberitahu jika mahu membuang air seawal umur enam bulan. 
Menurut ibunya yang berumur 26 tahun, si cerdik, Izabella menggunakan pelbagai bunyi isyarat untuk menyatakan apa yang dia perlukan pada masa itu. 
“Sebagai contoh, Izabella akan berkata ‘eh eh’ apabila dia lapar dan ‘boo boo’ jika mahu membuang air. Dia juga tidak suka memakai lampin pakai buang dan jarang menangis seperti bayi lain serta tidur lena sepanjang malam,” menurutnya. 
Raluca mendedahkan dia berkomunikasi dengan anaknya sama seperti bercakap dengan orang dewasa kerana bayi istimewa tersebut turut memberikan tindak balas seakan memahami apa yang dituturkan ibunya. 
Pakar menyatakan ia adalah sangat luar biasa bagi bayi sebaya Izabella untuk berkelakuan sepertinya kerana kebanyakan budak normal hanya akan mula belajar menggunakan tandas apabila mereka berumur sekurang-kurangnya 18 bulan dan ke atas.

Berdasarkan artikel di atas, dapat disimpulkan bahawa betapa pentingnya komunikasi dengan anak-anak kita seawal bayi. Semasa kita bercakap, digalakkan menggunakan bahasa yang betul bukan menggunakan bahasa bayi.

Bila anak merengek, kebanyakan ibu akan bercakap "nak cucu ye syg". Sepatutnya, ibu menggunakan bahasa standard iaitu " Nak susu ke syg". "cucu" - "susu"

Walaupun kita rasa bahasa yang kita gunakan agak comel, cute, adorable tetapi ia akan memberi mesej yang salah kepada bayi.

Ini kerana bayi sangat bijak sehingga mereka boleh menyerap apa saja yang deria mereka terimadengan menggunakan deria pendengaran dan menyimpan maklumat tersebut di dalam otak sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengucapkannya.

Begitu juga bila bayi menyebut "bah, bah". Mungkin apa yang cuba disampaikan oleh bayi tersebut adalah 'abah'. Jadi, beritahu mereka perkataan yang betul. "Abah ye syg. Abah pergi kerja"

Banyakkan berbual dengan bayi, tidak kira tentang apa sahaja. Berbual seperti biasa kerana ia akan memberi pengalaman dan peluang kepada bayi untuk mengenal lebih banyak perkataan.

Bayi mudah belajar sesuatu. Jadi setiap apa yang kita lakukan mereka akan mudah tangkap. Oleh itu, setiap apa yang kita ucapkan dan lakukan, kita perlu gunakan perkataan yang betul serta sebutan yang jelas.

Monday, April 9, 2012

Beri Mereka Peluang


Assalamualaikum
Hari ini terasa nak post tentang ayat 'PELUANG'
Besar maksud PELUANG kalau kita gunakan ia betul-betul
Terutama sekali kepada kanak-kanak

Mereka akan rasa teruja, bangga, dan rasa dihargai serta seronok sekiranya mereka diberi peluang
Tidak kisah la PELUANG untuk apa pun seperti diberi peluang untuk membaca, menulis di hadapan, menjawab soalan, berkata-kata, bercerita, dan banyak lagi
Mereka akan rasa lebih bersemangat

Tetapi sebagai seorang guru dan juga ibu bapa, kita hendaklah tidak membunuh peluang tersebut
Sebagai contoh, mereka ingin bercerita kepada kepada kita apa yang berlaku di sekolah

 "Ibu, tadi masa dekat sekolah, Aiman kan.."
 "Kejap Aiman, ibu ada kerja ni" sambil membuat kerja
 " Tapi Ibu" sedih nadanya
 "Lepas ni kita cerita ye" tanpa memandang muka Aiman

Situasi ini akan membunuh keinginan untuk bercerita dan bercakap. Ini mungkin akan menyebabkan perkembangan bahasa, sosial, serta komunikasi tidak berkembang.
Kanak-kanak yang sudah pandai bercakap akan banyak bercakap walaupun perkataan yang digunakan kita tidak fahami.
Jadi, adalah sebaiknya kita memberi mereka peluang untuk bercerita dan bercakap.

Saturday, March 17, 2012

Penjagaan bayi yang selamat (Part 1)


Assalamualaikum
Untuk post pertama saya mulakan dengan cara yang selamat dalam penjagaan bayi
Gambar di atas menunjukkan secara dasar tentang cara penjagaan bayi 

Cara memandikan bayi secara selamat

1. Pertama sekali sebelum memandikan bayi anda, pastikan dahulu suhu air tersebut sama ada sesuai atau tidak. Suhu air yang sesuai adalah di antara 37 darjah Celsius ataupun gunakan siku anda untuk menguji sama ada terlalu sejuk atau panas. Selain itu, anda boleh menggunakan termometer untuk menentukan suhu air. 
2. Seterusnya, anda perlu meletakkan air sejuk dahulu ke dalam besen sebelum air panas. Elakkan meletakkan bayi anda di dalam besen semasa air sedang di isi. Ini adalah kerana suhu air akan berubah dengan pantas. 
3. Tutup semua kepala paip jika anda menggunakan tab mandi orang dewasa. Apabila bayi anda mula membesar, mereka akan mempunyai tenaga yang cukup untuk membuka kepala paip. Oleh itu, ajar mereka agar tidak menyentuh kepala paip. 
4. Suhu bayi boleh turun dengan pantas sebaik sahaja anda keluarkannya dari tab mandi walaupun air mandian tersebut suam. Oleh itu, balutkan bayi anda dengan kain tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikan mereka lampin. Selain itu, pastikan bilik anda berada pada suhu panas selesa dan sesuai. 
5. Setelah itu, balutkan bayi anda dengan menggunakan tuala kering dan peluk mereka selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila bayi anda selesai memakai baju, gunakan tuala yang kering dan suam kemudian balutkan badan mereka. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...