Baca seterusnya..
BOLGATANGA – Pihak berkuasa baru-baru ini melaporkan seekor anjing di Ghana digelar sebagai wira kerana melindungi bayi baru dilahirkan yang dibuang di bawah jambatan di Winkongo berhampiran ladang tuannya untuk sepanjang malam.
Tujuan asal pemilik anjing itu untuk mencari haiwan peliharaannya membawa kepada penemuan bayi tersebut.Penduduk kampung terkejut melihat anjing itu memeluk bayi yang masih bertali pusat tersebut seperti anaknya sendiri.
Pengarah Kesihatan Daerah Talensi- Nabdam, Rosemary Azure berkata, bayi malang itu semakin pulih daripada jangkitan dan dia kini ditempatkan di pusat jagaan kesihatan.
Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengesan identiti ibu bapa bayi tersebut yang dipercayai adalah pasangan remaja di kawasan itu.
Kalau di Malaysia banyak kita dengar berita tentang bayi di buang. Sangat kesian. Bayi tersebut tidak bersalah. Pepatah bukan salah ibu mengandung mungkin tidak sesuai digunakan lagi. Ini hanya pandangan murni. Cerita di atas berlaku di Ghana. Anjing pun sayang bayi tersebut. Adakah manusia yang diberi hati dan perasaan tidak mempunyai belas ihsan terhadap anak yang mereka buang?
#Pikir-pikirkan lah
1 comments:
jom join!
http://sweetmisskk.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html
Hadiah :
* Sebuah MP3 Player
* Sebuah Phone Samsung
* Sebuah Kamera Lomo
* Button Badge K-pop
* Inner Neck
* 30 Bloglist Selama Sebulan
* 10 Banner
Post a Comment