Sunday, June 10, 2012

penangan exam



Assalamualaikum
Selamat pagi. Eh, pagi lagi ke? Dah dekat tengahahri dah pun, lagi 10 minit.
Tak apa lah, masih boleh dikatakan pagi lagi

Huh, penangan exam memang terbaik lah. Semalam jawab dua paper, pagi dan petang.
Akibatnya, blog murni tak berapa nak terurus. Murni tak dapat nak follow balik blogger-blogger yang follow murni. Tapi tak apa, hari ini murni sedaya upaya follow semua blog yang dah follow murni. Xi Xie buat blogger-blogger yang sweet =)

Satu lagi, jawab exam semalam memang senang sebab guna senjata. Murni guna M 16 tapi tak lepas. Jadi Murni guna mesinggan. Haa, sejata tu memang terbaik la. Murni dapat tembak dengan bergayanya tapi tak tau la tembakan murni tersasar ke tepat hehe



Malam tu lepas solat maghrib murni terus masuk ke dunia mimpi. Memang sangat penat jawab paper semalam. Murni ada dua paper lagi sebenarnya. Satu pada hari selasa dan last paper (cakap ikut gaya johan dalam lawak ke der ok) pada hari khamis.

Dan setelah tamat semester kali ini, murni akan mula berpraktikal. Kemungkinan murni lagi sibuk. Rasa sangat berdebar nak  menunggu hari itu. Perasaan takot jangan cakap la. Debor beb huhu

#doakan murni dapat jawab exam dengan baik ye
#doakan murni lulus dengan cemerlang
#pada yang tengah musim exam macam murni good luck!

2 comments:

iehahfarihah said...

good luck awak..
sama2 lah kita berjuang n buat sehabis baik utk exam kali ni..
=P

murni said...

tq iehahfarihah

gudluck jugak =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...