Friday, June 1, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU!





Assalamualaikum.
Seminggu setelah pergi berpoya-poya di Terengganu, baru murni dapat update tentang perkahwinan sahabat baik murni.
Sangat best pengalaman ke negeri Darul Iman ni. Ini la first time murni dapat menjejakkan kaki ke sana.
Dan first time jugak la pengalaman yang perit tetapi manis. Haa, macam mana tu.

Kami semua gembira hendak pergi ke Ganu. Dalam perjalanan ke sana, bas kami rosak di pertengahan jalan. Sudah la malam, gelap gelita, hanya ditemani oleh hutan tebal di kiri kanan jalan. Tiba-tiba, bas kami telah dihentam dari belakang oleh sebuah lori (mungkin lori minyak kot). Bergegar kejap bas kami. Semua penumpang terkejut. Apa yang kami risaukan ialah Abang-abang pemandu bas. Alhamdulillah, kami semua selamat, hanya calar di bahagian kanan belakang bas dan berterabur serpihan (mungkin daripada lori kot).

Setelah itu, kami semua terpaksa menumpang dengan bas lain disebabkan bas kami memang tidak dapat 'dirawat'. Bas kami dah la sesak pastu ditambah lagi dengan isi perut bas satu lagi yang sedia ada penuh, dah macam sardin (sardin pun aku rasa ad ruang lagi). Murni masa tu memang tak dapat duduk la, just duduk di lantai bas (sedih kan..sob sob sob).

Akhirnya, kami sampai juga ke Ganu pada pukul 9 pagi lambat beberapa jam daripada jangkaan awal iaitu 5 pagi. Kami kemudian dijemput ke rumah sewa dan terus bersiap-siap ke rumah pengantin pula. Sampai di sana kami telah diberi tugasan oleh tuan rumah untuk menyambut hantaran daripada pihak lelaki (kira macam gadis bunga..ececeh).

Setelah itu, bermula lah kerja gila kami iaitu "GILA GAMBO" hahaha. Kami sebenarnya pantang bila jumpa kamera. Kamera orang pun kami buat macam kamera kami. Pengantin pun kalah hehe.

pelamin 

kami curi jap pengantin laki hehe
pengantin bersama saya
pengantin baru

---> kejadian hari tersebut
* bas rosak
* bas kene langgar
* '____' pengantin runtuh
* kasut Leha putus

----> Selamat Pengantin Baru kepada Kak Nana <3 Abg Miezan.
----> Semoga bahagia dan kekal hingga akhir hayat
----> Terima kasih kepada keluarga pengantin sebab sudi terima tetamu yang gila-gila macam kami ni
----> Lain kali kami datang lagi

Jom layan 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...