Wednesday, June 13, 2012

2012 Educational Blogging - "CONTEST"

Assalamualaikum.

Nak Promote!!!

UPSI telah menganjurkan satu contest kepada para-para blogger. 
Contest ini terbuka kepada semua

1. Pelajar dan Guru Sekolah
2. Pelajar dan Pensyarah IPTA/IPTS
3. Terbuka


Syarat-syarat:

1. Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.
2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
3. Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.
9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
10. Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.
11. Pemenang dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan
12. Penilaian Blog Terbaik
13. Blog yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa  pertandingan

Gambar hiasan
Hadiah 'Electronic Gadget' dan Sijil Penyertaan disediakan untuk tempat PERTAMA sehingga tempat KELIMA
borang yang perlu di isi

Jadi Murni galakkan semua blogger-blogger untuk join contest ni =))

Maklumat lanjut tekan sini

#Murni tak tau nak join ke tak, macam tak layak je huhu

2 comments:

Noor Maizan said...

tudiaa tak layak mai nak join...hihi

murni said...

hahaha sama la kita
tengok pemenang-pemenang lepas, semua hebat-hebat belaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...