Wednesday, May 16, 2012

Tips Keselamatan di Bilik Bayi



Sebelum memilih taska yang sesuai untuk anak anda, pastikan dahulu keadaan bilik bayi anda. Adakah bilik tersebut selamat? Adakah bilik tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan? Adakah keluasan bilik sesuai dengan jumlah bayi? Apakah jenis perabot yang digunakan di taska tersebut?

Adalah penting  untuk kita memastikan bahawa taska tersebut selamat. Antara tips-tips tersebut ialah


  1. Dapur hendaklah diasingkan terutamanya apabila menggunakan LP Gas.
  2. Terdapat alat pemadam api mengikut syor Jabatan Bomba dan Penyelamat dan juga harus diperiksa secara berkala.
  3. Perabot, alat permainan, dan bahan-bahan lain yang digunakan adalah berasaskan bahan yang tidak merbahaya dan tidak membahayakan.
  4. Hendaklah mempunyai 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
  5. Bangunan taska hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah terbakar.
  6. Jeriji besi yang digunakan ti tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan atau kebakaran dan hendaklah diselenggara selalu. 
  7. Elakkan meletak perabot atau kerusi berhampiran tingkap bagi mengelakkan mereka memasukkan kepala di celah jeriji dan mengelakkan mereka daripada memanjat.
  8. Pastikan langsir yang digunakan tidak labuh mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menarik atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Sebaiknya, labuh langsir hanya mencecah ambang sahaja.
  9. Penyendal pintu automatik boleh dipasang bagi mengelakkan jari kanak-kanak tersepit dan menghalang pintu daripada tertutup secara kuat. 
  10. Barang berbahaya seperti gunting hendaklah diletak di tempat tinggi bagi mengelakkan kecederaan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...